3/09/2016

Kerana Dia Maha Berkuasa

Assalamualaikum wbt. Hari ni satu Malaysia gempar dengan fenomena gerhana matahari. Ekceli aku tahu pasal gerhana matahari ni pun dari Twitter. Tak pelik lah kan sebab kat matriks ni sumber berita boleh dikatakan 90% daripada internet. Nak harapkan tv kat bilik tv tu heh! Memang taklah kan.

Tak. Sebenarnya aku yang malas nak gi sana kikiki

So dalam pukul 8 semua dah gerak gi surau. Aku gerak dengan Zu lepas sarap kat kafe D. Ingat kena gi astaka. Japgi kat situ semua non-Muslim. Heheh nasib baik sempat patah balik sebelum bertambah bengang lagi bila diorang nampak.

Yang Muslim kena solat gerhana. Kenapa kena solat gerhana? Fenomena ni susah kot nak dapat. So masa nilah kita berpeluang nak solat gerhana ni sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Aku taknak cakap lelebih sebab tak pakar bab ni. Kalau salah ke apa harap maaf :)

Tapi kat matriks tak nampak gerhananya. Takpelah, ada rezeki masa Disember 2019 nanti dapat tengok lagi. Insya-Allah andai masih bernafas di bumi Ilahi :)

Hari ni jugak dapat berita ibu kepada seorang pelajar matrik perempuan meninggal dunia. Innalillah ...

Kenapa agaknya aku cakap pasal ni?

Sebab ..

..

..

Aku dapat rasakan apa yang dia rasa. Kalau diberi peluang, aku nak jumpa budak tu, bagi kata2 sokongan. Jujur, hati memang rasa pedih, sedih. Lagi pedih rasa dia daripada kau putus cinta, kena reject or whatsoever yang berkaitan dengan cinta. Cinta tu kau boleh cari.

Tapi, cinta kau kat mak kau tak boleh ganti. Serious! Bila ibu kita meninggal, hilang satu sumber doa sebab ibu kalau doakan anak2 dia dimakbulkan.

Aku bukan nak gebang cerita kat orang tapi taktau lah. Dengar je berita tu hati aku terpanggil nak menulis kat sini.

Insya-Allah .. kalau Allah bagi aku kekuatan, suatu hari nanti aku cerita. Tapi aku tak rasa aku mampu.

Entahlah. Dia je yang tahu.

Sekian, wassalam ;) ❤