Assalamualaikum...
hari ni malas nak taip banyak-banyak sebab mood tengah down takat -100 ni..
soo..maaflah kalau mood korang pun terjejas bila baca entry ni..iman tak ada niat pun ye..
dipendekkan cerita..minggu lepas iman sempat pinjam majalah Dewan Siswa..thank Syue ! ! esok iman pulangkan majalah tu ok ? lepas tu jumpa pulak tajuk yang sesuai untuk pelajar-pelajar macam iman ni dekat bahagian Tip Belajar..mari kita lihat dan amalkan :D *copy and paste jewp..jangan maree..
MENONTON TELEVISYEN
Nur Amalina, pelajar cemerlang yang mendapat 17A1 suatu ketika dahulu, pernah mengakui bahawa beliau gemar menonton televisyen, termasuk ketika belajar. Beliau mampu mengulang kaji pelajaran di hadapan televisyen dan berhibur sambil membaca buku. Mungkin tidak banyak orang yang mampu melakukan perkara yang sama. Bagi sesetengah pelajar, menonton televisyen mengganggu tumpuan. Namun begitu, ambillah masa untuk berhibur dan menonton televisyen. Pakar motivasi juga menyarankan supaya pelajar memperuntukkan sejam sehingga dua jam sehari menonton televisyen
BELAJAR DARIPADA MUZIK
Pelajar yang cemerlang bukan hanya mendengar muzik untuk berhibur, tetapi muzik juga dapat membantunya mempelajari bahasa dan sastera, terutama jika bait liriknya betul-betul difahami. Dengan mendengar serta menghafal lagu Inggeris, anda dapat memehirkan diri dalam bahasa Inggeris dan mempelajari perkataan yang betul. Mendengar muzik juga mampu merangsang kreativiti dan menenagkna fikiran, selain dapat membantu anda mengulang kaji pelajaran. Muzik juga dapat menghilangkan rasa mengantuk setelah penat mengulang kaji pelajaran dan membuatkan otak kanan lebih aktif.
BERMAIN UNTUK MENGHIBUR
Anda juga dapat meluangkan masa dengan bermain permainan komputer atau permainan papan, seperti dam, Sahibba dan Monopoli. Bermain permainan komputer dapat meningkatkan ketangkasan hubungan saraf antara tangan dengan otak serta kecerdasan minda. Pilihlah permainan yang anda gemari dan ambil sedikit masa untuk berhibur.
SELALU BERIADAH
Anda juga harus memperuntukkan sedikit masa dengan permainan sukan untuk mencergaskan tubuh dan fizikal seperti bermain bola sepak, futsal atau berenang. Keluarkan sedikit peluh kerana terlalu lama menghadap buku tidak baik untuk tubuh tetapi janganlah terlalu lama beriadah kerana ianya akan memenatkan tubuh dan mengganggu tumpuan ketika anda mengulang kaji pelajaran pada malamnya. Riadah yang memadai sahaja, tidak perlulah melebihi had.
HIBURAN DUNIA LUAR
Nur Amalina juga gemar berjalan-jalan, membeli-belah dan menonton wayang, tetapi haruslah mengambil manfaat daripadanya. Anggaplah hiburan sebagai pengiktirafan setelah anda penat menelaah pelajaran. Sebenarnya, kesemua petua tentang berhibur adalah untuk mereka yang bertungkus-lumus belajar. Ambillah masa untuk berhibur membersihkan otak yang tepu dengan pelajaran. Jika anda tidak belajar bersungguh-sungguh, usahlah mahu berhibur. Seperti kata Nur Amalina, jikalau belajar pun main-main, tidak layak untuk seseorang untuk berhibur.
ok..tu je iman nak cakap untuk hari ni..amal-amalkanlah ye...
No comments:
Post a Comment
Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .