Entah macam mana, iman sampai dekat satu tempat yang bolehlah dikatakan penuh dengan orang-orang yang datang membeli barang dekat pasaraya tadi tu. Iman ni kiranya kena lah 'protect' diorang daripada musuh. Masa tu, tumpuan utama memang dekat lif lah sebab tu je jalan yang ada untuk penjahat-penjahat tu serang kitorang. Lepas tu, dengar macam lif tu bergerak, iman apa lagi, terus je acu pistol depan-depan pintu lif tu. Jap lagi, yang keluar mak cik mana tah. Lepas tu, pintu lif tutup balik. Iman still acu pistol. Dengar lif tu bergerak lagi. Kali ni memang tak silap, memang ada penjahat dalam tu. Jap lagi, yang keluar.......pak cik yang tidak dikenali juga. Haishh ! geram betul iman masa tu. Mana penjahat-penjahat ni semua haa ! ! Lepas tu..................................................
##########
Huahuahua. Atas tu mimpi je lah. Mula-mula macam best je an, sat gi tak dak ending pulak. Pasai apa ? mak kejutkan solat subuh daa. Huu~ selalu mimpi best-best mesti ada je yang ganggu. Tapi an, mimpi ni tak best langsung ! Dah lah guna pistol adik korang yang ala-ala Power Rangers tu, lepas tu penjahat-penjahat nya tak mencabar. Yang paling geram sekali tak ada scene lawan-lawan and tak sempat pun guna pistol murah tu. Mana taknya, keluar lif je, mak cik. Keluar lif je, pak cik. Tapi yang peliknya, masa mimpi tu mak cik dengan pak cik tu macam orang Jepun la. Lagi satu, ada ea pistol yang boleh digunakan tanpa guna peluru ? Haishh ! Nama pun mimpi.
kalau penjahat macam ni siapa nak lawan ?
credit:here
iman,i've blog tp x lawa la...boley x tolong ajr kte cam ne nk ltk wigdet,glitter n shabby background nieh..???
ReplyDeletesee my blog :
http://aqisy97.blogspot.com/
insyaallah tapy kite tolong yg termampu sbb kite pon masih mude lagi dalam dunia blogging ni .
ReplyDelete