6/07/2012

Pecah Kepala

Malam ni entah kenapa semangat nak tengok Friday I'm In Love hilang. Pening kepala mungkin. Sebenarnya bukan mungkin lagi sebab ianya benar-benar terjadi. 


Masa hari Isnin dengan Selasa, tak tahu lah macam mana saya boleh rasa macam nak demam. Lepas tu hari Rabu dah okay balik so bolehlah menjalani hidup seperti biasa seperti tengok Endless Love.

Kemudian pagi tadi lepas sahaja baring di sofa yang telah digelar ramai sofa tu kepunyaanku, haa .. amekaw! demam terus. Walaupun dah masak sayur tauge masak air tapi diri ini seperti tidak mahu merasa air tangan sendiri. 

Dengan itu, berbaringlah saya di kerusi malas dengan selimut putih kesayangan. Nama je selimut, tapi bila pakai makin rasa sejuk adalah. 

Setelah berbincang cara baik dengan adik, akhirnya dapat juga tengok Endless Love. Haishh, kalau tengok kartun yang best-best pun takpe jugak. Ni, wonderpet! Pheww .. Pulak tu, cerita Endless Love dahlah si Jenny tu sakit. Ah makin sakit lah rasa bila tengok cerita tu.

Last-last, makan pukul 5. Tu pon lepas mandi dan solat Asar. Lepas tu, tengok Mertua Vs Menantu dengan Halimah Jongang. Alhamdulillah, masa tu demam dah kebah. Best tu best lah jugak tapi bahang lepas demam dah kebah, fuhh! memang terbaik.


bak kata BoBoiBoy, terbaik!


Tapi sekarang ni kepala ni rasa macam berdenyut-denyut. Pernah rasa? Kalau pernah, baguslah. Ada juga yang memahami hikhik. Walaupun berdiri dalam jangka masa yang sekejap, kepala ni rasa macam nak meletup. Tu yang tajuk entry 'kepala pecah'. Haa .. ingat kepala siapa lah tu yang pecah.

Eh dahlah dahlah, nanti makin bising pulak adik 'kesayangan' saya. Awal-awal dah booked nak guna laptop. Ambhoi .. baru 5 tahun dah pandai tengok Youtube hengkauu .. Kemain tau dia ni. Dah tu, bila nak buka video Upin Ipin saya juga yang dicarinya, tak pun orang lain. Kalaulah dia pandai taip sendiri. Heishh! Bahaya! Kang tak memasal darjah 1 dah ada pesbuk hengkoo .. Tak ke haru namanya.

Tak sabar pulak nak tengok Ameera walaupun geram dengan Marissa yang menyibuk gila-gila. Ya Allah, nasib baik boleh kawal diri ini daripada baling bantal kat tv. Eh hari ni Amukan Pocong episod akhir. Matilah kau Awang .. HAHA! 

Eh dahlah adik dah mengamuk. Ok as salam :)



10 comments:

Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .