3/16/2012

Satu Hari Yang Penat

eee lamanya saya tak update kan kan kan ? kan shahirah kan ? sebenarnya tak tahu nak update pasal apa tapi ada sorang hamba Allah ni sibuk suruh update , okay fine , saya dah update blog :)


masa hari sabtu 10/3 saya teman mama saya pergi sekolah dia (sekolah mak saya!) sebab ada sambutan maulidur rasul dan mesyuarat agung . tengok gambar jelah sebab dah tak ingat sangat , lol :p


khusyuk nya bawak kereta . eh boleh ke khusyuk ? o_0

apa ni apa ni !


lepas tu mama saya berhenti kejap kat restoran nie nak beli bekfest . saya duduk dalam kereta je . pemalas lah katakan . eh mana ada malas . saya tengok pemandangan hijau kat sebelah kereta okay ! (rumput je padahal ==')






dah makang sikit sebab lapar gila time tu . kuih tak sempat nak amik sebab dah ngap dulu , hahas !

ok dah sampai dah . dekat je dengan restoran tadi . 1 minit boleh sampai kalau naik kereta f1 , kot !

ini cuma sebahagian . sekolah ni besar gila ! dari jauh like ..



tak ramai pon budak sekolah yang datang time tu sebab dah cuti sekolah . yang datang pon cuma 59 orang je kalau tak silap . 

kak bedah ! Kelantanese :)


kitorang semua kumpul dalam dewan yang baru buat ni . untunglah sekolah ada dewan :(







pengacara majlis . suara dia awesome gila ! gambar takde kualiti sebab zoom . saya kan pemalu =='


ustaz dari sekolah starp . kelakar dia punya ceramah . tajuk dia pasal remaja kalau tak silap .


saya memang pemalu tapi saya rajin *_*


walaupun kurang upaya tapi suara dia ngaji , awesome sekali lagi ! :D

nasyid . apa ntah nama kumpulan dia . vokalis dia orang yang sama dengan orang yang ngaji .



mama saya kata budak yang suara sedap tu selalu dapat undangan nyanyi or ngaji kata manaII . so jangan pandang rendah dengan orang yang kurang upaya ni sebab diorang semua ni ada kelebihan masingII .  sedih saya tengok murid sekolah ni sebab mereka tak sesempurna kita walaupun kita pun tak sempurna :')

dalam pukul 12 saya ikut mama saya pergi dewan makan . memang awkward masuk dalam dewan . dahlah tak kenal siapaII kat situ . orang pun tengok je kita . nak hilangkan rasa awkward , tengok je lah tv walaupun cerita kartun . terpaksa !

tauII dapat makan nasi minyak . besar gila pinggan dia . nasi dia boleh bahagi empat kalau orang nak diet . nasib baik sedap . saya tak habis sikit sebab terlebih kenyang .

lepastu pergi aspuri teman mak saya nak tengok budak . yang tak boleh bla , masa tunggu mama saya kat pondok ada sorang akak ni panggil saya 'akak' . kali pertama dia panggil saya tak pandang sebab saya kan 'adik' . kali kedua saya pandang and dia tanya apa ntah tak ingat pulak and saya jawab je lah . dalam hati terfikir 'akak ? muka aku tua sangat ke ! '

tak tahu nak buat apa , tengok je lah tv kat depan dewan makan . tengok jap cerita barbie . tauII tertidur sampai pukul 1.30 . ngantuk gila time tu .

then pergi bilik rawatan nak solat zuhur . masukII je nampak katil . apa lagi , sambung balik tidur , haha . pastu masa nak keluar dari bilik tu baru tau ada macamII buku . menyesal tidur kejap tadi (sebenarnya baringII je ==')

pukul 2 waktu rehat so mama ajak pergi tj mart beli barang keperluan dan kehendak . balik tu singgah jap kat gerai tepi jalan nak beli pisang goreng dan cendawan goreng . yang best nya cendawan dia besar , siap boleh bahagi dua atau tiga orang tapi pisang dia macam tak cukup bulan je tumbuh , comel sangat . orang india ngan cina pun datang gerai tu . pekerja makcik tu ramai jugak la sebab nak layan pelanggan yang ramai . saya suka tengok pisang goreng dia , menimbun je kat dalam dulang . sebab tu kot ramai orang beli , tertarik dengan pisang yang menimbun (?) nak amik gambar tapi ramai sangat orang .

pastu balik sekolah mama saya balik tengok filem hindusetan (haha !) . pukul 4.30 pergi senai lalu highway nampak sekolah foon yew yang gedabak . dari jauh seriyes macam universiti . 

sebelum balik pergi bandar putra kejap , pergi open house rumah kawan ayah sebab dia baru pindah rumah . makan nasi ayam tapi kenyang sangat masa tu so makan pon nak tak nak je .

sampai rumah pukul 6.30 . malam tu memang penat la . tu yang tertidurII tu masa tengok cerita semadikan aku , haha . taktau ending dia macam mana . nanti naik sekolah tanya budakII nie ah . 

sebelum tu nak nasihat sikit ah , sapaII yang ada omwek tu , silalah siapkan ye . jangan pesbuk je 24/7 . ingat panjang la sangat nasihat dia . rupanya satu je .

ok tu je , salam :)


2 comments:

  1. hush! memang penat giler ni~~~
    ape pon, awak patot bersyukur sbab dpt jln2 tak mcm saye duduk umah je --"

    ReplyDelete

Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .