11/05/2012

Entry Lebih Kepada Luahan Perasaan

Arghhh!! Rindu sesangat nak menaip kat sini. Sesangat! Sesangaaattt! *echo. Alhamdulillah, aku dan rakanII dah berjaya melepasi jurang pertama di alam sekolah menengah ni. Tak faham? Haha, aku pun pelik actually tetiba ayat nak kalisII bagai. Okay lah, seteret to the point je lah ea? 15 September kelmarin hari last kitorang periksa. Alhamdulillah, apa yang aku baca/belajar kebanyakannya keluar. Alhamdulillah .. :) So sekarang ni just tunggu bila nak ambil result. Seriously, aku tak patut mention pasal result. Mungkin aku patut haramkan perkataan 'result' dalam kamus hidup aku buat seketika. Perkataan tu SANGAT menakutkan!!

Sebenarnya sebelum hari ni aku ada jugak rasa nak update. Tapi, tu lah kan .. bila penyakit M dah mai dok dengan kita, fahamII jelah kan .. Aku pun tak tahu kenapa lepas PMR aku maaaaaaaaaaaaalasss sangat! Nak bayar balik hutang ke apa ni? 

Tapi yang bestnya, lepas habis PMR kitorang ada buat lawatan. Yang tak boleh blah nya, dalam minggu yang sama lepas PMR! Bayangkan, Isnin last paper Jumaat terus ada lawatan! Nampak tak keterujaan aku menaip, nampak tak? 

Kira memang patut pun lah kan, last aku pergi Pahang 2005 kalau tak silap, dan pada tahun 2012 aku pergi sana lagi. 7 tahun engkau! 

Mungkin lah, mungkin, ada yang tertanyaII kat Pahang tu aku pergi mana. Actually I dengan kengkawan I pergi Taman Negara Gunung Tahan uolss ~ *apesal gedik tetiba ni. Nama je Malaysian tapi tak pernah pun jejakkan kaki kat sana. Kat sana, best gila wa cakap lu! *gangster lah pulak. Aku takkan lupakan time rapid shooting + masa hujan, daki Bukit Teresik, jatuh 2 kali dalam Gunung Senyum. How I miss that moments so much! Aku harap kenangan kat sana tak luput daripada ingatan aku, InsyaAllah, aamiin .. :)

Bayaran untuk ke sana pun not bad lah dan affordable sangat, siap makan, penginapan. Oh ya, kat sana kitorang tumpang kat SMK Temin, Jerantut. Haii, rindu pulak kat sekolah tu. 



Aku rasa mungkin aku akan buat entry pasal trip pergi Pahang ni tapi bergantung lah pada tahap kemalasan aku, haha! Dan manalah tahu kan kotII ada yang baca entry ni nak sangat aku post entry tu. Hurmm, tengoklah macam mana ya?

Di pengakhiran entry ni, aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucapkan good luck kat semua batch 1995 even aku tahu takde yang baca ayat ni daripada kalangan batch 95. TakpeII, kan ni entry luahan perasaan. Tak lupa juga kepada bebudak Form 3 sekolah aku, selamat bercuti. Ada jodoh/rezeki tahun depan jumpa lagi, tu pun kalau tak pindah lah. 

Sebelum tu, I nak ucapkan terima kasih sesangat kat kak teh. Thanks bagi cawan omey kat kita. Sukahati kau je nak ubah tradisi. Sepatutnya birthday girl dapat hadiah tapi ni vice versa pulak. Pape jelah kak teh .. Untung kau Nurin aku mention pasal kau kat sini. Ingat senang ke aku nak buat entry pasal orang.




Okaylah, aku rasa korang pun bosan kan baca entry aku ni. Sampai di sini sahaja, as salam :)

2 comments:

  1. saya nak saya nak awak wat entry pasal lawatan tu! ^^ hihik! *gdik lebih piuh ;P*

    saya tak tau nk wat cm ne entry gi sane sbb tu saya sruh awak bleh?? ^_- sya sdia menunggu meskipon lama... dlm hati- (baik kau wat cpat cket, *tunjuk pistol spy suju* haha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, insyaAllah .. masih dalam perancangan. Aku tengah cari waktu yang sesuai untuk buat entry tu. Anyway, thanks for your feedback! :)

      Delete

Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .