12/21/2012

Ini Ceritaku

Hampir setiap malam, saya selalu risau. 

Boleh ke aku dapat perfect score? Boleh ke?

Bila fikir-fikir balik, saya ni macam tak layak nak dapat 8A sebab saya tahu saya bukannya baik sangat. Saya tak begitu yakin Allah akan memakbulkan doa saya. 

Saya tahu saya tak layak.

Dan ..

Saya redha ..

Kalau saya tak dapat 8A.

Tahukah anda saya tak pernah dapat 6A ke atas sepanjang 3 tahun belajar?

Masa darjah 6 pun, paling tinggi dapat 4A.


Selalu sangat orang cakap, tak semestinya kau 5A UPSR, PMR kau dapat 8A.

Duhh! Sangat mematahkan semangat dan jiwa raga ini.


Malam sebelum ambil result, masa nak tidur tu, tetiba boleh fikir paper Math pulak.

Tahukah anda saya 'hentam saja lah labuu' masa jawab paper 1 Math? 

Dalam PMR pulak tu! 

Masa tu saya redha je. 

Alhamdulillah, paper 2 pada saya senang dan saya boleh jawab! 

Selama ni, kalau buat Math anda rasa senang, sebenarnya salah. Ok, Twitter yang cakap dan saya hanya RT *peace!*


Keesokannya, saya pergi sekolah dengan Zuraida. Sebelum keluar rumah, saya sempat menunaikan kewajipan saya dengan membaca beberapa surah yang dikirimkan kawan saya melalui SMS. 

Terima kasih kepada pengirim asal SMS tersebut :')

Dan .. kami berempat menjejakkan kaki ke bumi SMK Bandar Tenggara 2.

Kami memang dah plan awal-awal kumpul kat surau.

Ok, dipendekkan cerita .. tiba lah detik yang bersejarah itu.

Mak saya tak henti-henti asyik call saya dan banyak jugak missed calls sebab saya silentkan phone. Takut-takut masa tengah baca doa ke, masa keadaan tengah sunyi sepi ke tiba-tiba lagu Cinta Ini Membunuhku bermain di udara -_-

Kami berenam duduk satu barisan .. di belakang. Cik Aqua tegur,

'Selalunya korang kat depan sekali, ni kenapa kat belakang'.

Haha! 

Entahlah ..

Sementara tunggu pengetua datang nak umumkan keputusan tu, ada jugak kawan-kawan saya yang cek guna SMS. 

Ok, saya dah janji dengan diri sendiri TAKKAN CEK DULU! 

Lepastu, Cik Aqua *lagi* cakap yang Haziq beritahu dia 20 lebih je dapat perfect.

Ok, masa ni muka terus berubah. Memang down ~ habis lah masa tu.

Dan, nama pun diumumkan ..

Lepas je nama Hazirah Jalil diumumkan, saya dah takut dah masa tu.

Sebab lepas nama dia nama saya. 

Dan kalau lepas ni bukan nama saya, that means ..












Tapi ..

Lepastu, Cikgu Khairudin sebut nama saya.

Ya Allah, gugur air mata ai ~

Hilang macho!

Nak naik stage pun saya rasa saya lah orang paling perlahan jalan hari itu. Haha, tbb!

Dah naik stage, pengetua tanya, 'datang dengan siapa?'

'Sorang je', jawab saya sambil menangis.

Lepastu, Cikgu Meskon ambil gambar.

Arghh! Muka masa tu, taknak bayangkan! Senyum dalam tangisan. Tolong jangan bayangkan.

Masa nak duduk balik kat tempat duduk tadi, haha! *tutup muka* Masih lagi menangis.

Duduk je kat kerusi, nangis tak hengatt dunia! Ya Allah, teruknya aku!

Lepastu boleh bebel cakap 'Kenapalah hati wanita mudah tersentuh'.

Ain yang duduk sebelah aku 'Iman ni ..' Ok, maluu ~

Makcik belakang kami kata 'Semua kawan-kawan dia' :)


Haha! 

Dah lama sikit, dah tak nangis pun.

Relaks je.

Finally, six of us dah buat yang terbaik! 

Me, Shahirah, Ain Jalil and Nurin got 8A's while Zue and Ain got 7A's 1B. Ok, B Bi. Janji ke hapee?!

Tahun ni tak ramai pun yang dapat straight. Only 21 8A's and 2 got 9A's. Bangga dengan Athirah sebab dapat 9A walaupun jawab dekat hospital.

See?

Dan, kami dapat fail dan dua bungkus coklat *bungkus*

Tahniah buat semua!

Saya tak mampu nak taip semua nama sebab ada yang saya tak ingat, heheh.

Walaupun tahun ni agak merosot berbanding tahun lepas ..

Salahkan KPM! Haha! Just kidding.

Tahniah lah buat semua. Tak kisah lah korang tak dapat perfect pun, yang penting korang dah buat sehabis baik! Kan? Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya :)

Ok, agak geram dengan notebook ni sebab tak boleh nak masukkan gambar.

Terima kasih dekat family, kawan, guru, dan semua lah! Thank you :)

Takde niat pun di hati ini untuk membangga diri dengan keputusan saya. Jujur saya katakan.

Maaf andai ada salah dan silap. 

Terima kasih kerana sudi baca cerita saya sampai ayat ni. Saya tahu, ayat saya tak best. Saya tak pandai mengarang :')

Assalamualaikum ~

Penutup tirai ~ half of us :') Nasib ai duduk depan, hew hew ~





Comelnya saya ~ *haha!, kredit to @FirdausAwkward*










2 comments:

  1. terbaik! (Y)
    haha xD tak fhm kenape mesti muka aq agk buruk sket :'(

    ReplyDelete

Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .