5/15/2012

Doa Elak Sihir dan Pukau

Itu hari, masa saya sikat rambut, biasalah kan orang perempuan rambut mesti ada punya yang tertinggal kat sikat. Dan tiba-tiba sahaja saya rasa takut, takut disihir. 

Ni penangan Tentang Dhia lah ni! (tetiba emo). Kan mak si Zikir 'buat' Dhia guna rambut. Dan selalunya drama-drama kat telebisyen ni berdasarkan realiti, betul tak?

So, tak mustahil lah kan orang boleh 'buat' kat kita WALAUPUN orang tu orang yang kita percaya, orang yang dekat dengan kita, orang yang kita tak sangka sanggup buat perkara yang terkutuk tu dekat kita. Tapi saya tak maksudkan yang orang yang rapat dengan kita SEMUANYA berniat sedemikian rupa. MUNGKIN, sesetengah atau MUNGKIN tidak akan berlaku dekat kita. Manusia, rambut semua hitam (tapi sekarang dah karat dah!), hati lain-lain.

Tapi, kuasa Allah. Dia yang menentukan dan semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz.

Dan kepada-Nya juga lah kita memohon pertolongan.

Dengan itu, dengan hanya satu klik sahaja di Google, saya jumpa doa macam mana nak elak disihir dan dipukau.



Amalkan setiap hari.

1) Baca doa berikut.



“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


Doa yang biasa didengar, disebut dan mudah diamalkan, InsyaAllah :)

2) Ayatul Kursi.


3) Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas)


4) Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan daripada apa jua bahaya.


Saya harap doa tersebut dapat membantu kita semua. As salam .. :)








5 comments:

  1. dalam masyarakat melayu kita ni memang glemer dgn hal sihir ni. Saya pun takut jugak.kadang2 kita tak kacau orang pun tp orang yg terasa hati @ dengki ke kan.. Wallahualam..

    btw, saya nak sambung study Master in Architecture.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu kak Sophie. Waa .. nak pergi Uk lerr. Best nya .. :)

      Delete
  2. doanya pendek tapi fuhhhhhhhhh maksudnya besar ;)

    ReplyDelete
  3. sama-sama beringat sebelum kena...tq for sharing.

    ReplyDelete

Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .