4/11/2015

Pengalaman UKCG

Ini entry panjang dan tidak bergambar.

Tahniah buat mereka2 yang dapat panggilan UKCG ni.

Alkisahnya pada 7/4 yang lepas aku pergi la UKCG kat Kampus IPG Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim kat JB. Camtu kot nama dia. Eden lupo pulak. Memula taknak mohon tau tapi sebab kengkawan semua mohon, tetibe rasa terpengaruh, hahaha. Nampak tak pengaruh kawan ni kuat?

Sebelum gi tu aku tanya la kawan yang dah pergi. Dapat la sikit gambaran.

Kawan aku ramai jugak yang dapat. Hari Isnin yang gi tiga orang. Selasa I gi sorang je tau (tapi mak ayah hantar). Maksudnya kat sana aku tak kenal sesape pun. Kena la survive sikit. Takpe2 (genggam tangan nak buat chaiyok!) Hari Rabu pun ada sorang lagi kawan aku. Kita senasib tsk tsk. Ala tapi kat sana konfem dapat kawan. Takyah nangis sangat k.

Pagi tu memandangkan dia cakap kena ada 30 minit awal makanya 6 pagi aku dah bertolak. Adik2 I pun tengah bersiap masa tu nak gi sekolah. Then, sarapan pun bungkus and makan dalam kete (ini aku). Sampai dalam 7 lebih gitu la. Tu pun macam tersalah jalan tapi guna gps, apa ada hal?? Dia akan carikan jalan untuk kau. No worries :)

Pastu dah sampai ingat nak gi cek nama, rupanya belum lagi. So tunggu la sampai 8 lebih camtu. Masa tu la aku kenal Amy. Comel je orangnya. Dia dari Rompin, datang dengan pakcik makcik. Then ada sorang cikgu tu panggil suruh beratur, aku nampak budak laki hmm boleh kira dengan semua jari yang aku ada. Tengok pompuan, kena kira 2 3 round jari kaki dan tangan. Haa kira cepat!!

Masatu jugak la si Amy ni cakap dia tertinggal surat beranak. Oh tidak! Rumah dia kat Pahang sana takkan nak patah balik? Aku tengok dia risau je. Aku pun merasai sikit apa yang dia rasa.

Pastu dia bawak gi dewan kat blok lain. Pagi2 kita eksesais jap naik bukit, turun tangga. Pastu briefing sikit then cek nama, tanda tangan. Cek nama tu tahu la kita meja mana. Cek betul2 tau. Kang tersalah meja malu je. Time beratur terjumpa kawan lama, Dhiya. Ok cepatkan sikit la plot cite nya.

Masuk dewan prepare semua yang korang print tu. Yang pasal Amy tu ada ic je pun kira ok. Slip akuan tu nanti diorang kutip. Then first jawab soalan dalam 13+ aku tak ingat sangat dalam masa 45 minit. Nampak macam tak sempat tapi sempat2 kan. Kat arahan pun dia tulis jawab secara spontan. Satu soalan jawab 10 saat je. Ada bahagian A dan B. Ada soalan ulang2 so be alert.

Habis jawab terus gi padang. Kita senam2 jap baru balik, hahaha. Masa tu dia bahagikan ikut time yang sepatutnya kita buat UKF. Aku 10.45 so kira awal la. Tapi jangan risau. Dia akan habiskan awal even korang punya 4 petang.Tunggu punya tunggu abang fasi tu panggil gi isi borang jap untuk UKF. Time tu dia bahagi lagi 3 kumpulan. Aku kumpulan kedua. Time ni aku kenal Fatimah.

Pastu gi checkpoint first, cek berat and tinggi. Masa tu jugak dia bagi video apa yang korang kena buat untuk UKF. Masa ni kena fokus sebab video tu detail la pada aku. Tak faham, tanya time tu jugak.

Then gi checkpoint 2. Kita buat bangkit tubi (kot). Buat je yang penting ikut cara macam dalam video.

Checkpoint 3, kilas sisi. Ingatkan kaki tak boleh bengkok tapi boleh rupanya. 40x  dalam seminit dah dapat full mark.

Checkpoint 4, lompat kuadran. Dia nak 30x je. Means, petak tu ada 4, korang lompat 30x je pun dah full mark. 7x4 = 28 tambah lagi 2 kali.

Checkpoint last ni yang bleep test. Korang kena lari sebelum bunyi beep. Kena alert dan jangan fikir pasal orang lain. Lari selagi terdaya. Orang sebelah laju macam mana pun kau lari ikut tenaga kau je k. Nanti pengsan pulak kat situ. Tapi group aku takde yang pengsan pun. Alhamdulillah. Time lari tu kalau sampai lambat kat garisan nanti kena kad kuning. Kena dua kali kad kuning, kad merah so dah tak boleh lari lagi. Group aku ada sorang sampai level 8. Orang lain semua dah minum air kat khemah, muehehe. Masa ni aku kenal dengan beberapa orang hanya dengan perkataan "penatnya". Hahahaha. Sape kata susah cari kawan kat sana?

Time UKF ni campur laki pompuan. Nasib la korang kena fasi laki ke pompuan yang isi markah korang tu. Diorang semua sporting. Ok je.
Habis je semua tu, so bolehlah balik. Dah penat2 lupa pulak kena naik tangga. Rasa macam nak tercabut kaki tapi kalau tak naik kang lagi lambat aku balik. So kita daki jelah tangga tu guna kudrat yang ada ya? Ha time ni aku kenal Nadirah. Dia cakap dia pernah nampak aku. Ok taktau la bila dan di mana.

Then sampai kat kete, balik.

Taktau la entry ni berguna ke tidak buat mereka2 yang akan menghadiri UKCG. Rasanya dah habis, tinggal tunggu panggilan untuk interview je. So yang baca ni mungkin batch 98 la. Akak mintak maaf la kalau entry ni tak berapa nak ok tapi inilah yang I dapat masa kat sana.

Goodluck untuk interview bagi yang lulus UKCG. Ada jodoh kita jumpa lagi kat tempat lain.

Fikir2 balik, cam comel pulak orang panggil aku Cikgu Iman.

"Cikgu Iman?"

Ok assalamualaikum, bye ...



No comments:

Post a Comment

Anda komen anda hebadd :) Tak percaye , cubelah .